header.jpg

 

PENDAFTARAN ID SYARIKAT

 

Pendaftaran ID Syarikat adalah untuk mendaftarkan Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi. ID bagi Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi digunakan untuk Pertukaran Hak Milik Secara Atas Talian. Terdapat tiga (3) jenis pendaftaran di bawah pendaftaran Syarikat iaitu Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad / Berhad dan Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar).

 

  1. Bilangan Pelulus bagi Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang sahaja;

  2. Bilangan Pelulus bagi Syarikat Sendirian Berhad / Berhad yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang sahaja; dan

  3. Bilangan pelulus bagi Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar) mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.

 

Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-

 

public_idsyarikat_utama.jpg
  1. Klik pautan Pendaftaran ID Syarikat. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

public_idsyarikat_butirdaftar.jpg
  1. Pilih Jenis Pendaftaran sebagai Wakil Syarikat melalui drop down list. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

public_idsyarikat_butirdaftar_detail.jpg
  1. Pilih Jenis Syarikat melalui drop down list. Contoh jenis syarikat adalah Syarikat Sendirian Berhad / Berhad;

  2. Masukkan No. Pendaftaran dan Nama Syarikat;

  3. Masukkan Tarikh Luput No. Pendaftaran. Rujuk Panduan Umum untuk panduan menggunakan kalendar.

Nota: Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya tarikh luput no. pendaftaran kurang dari enam (6) bulan dari tarikh semasa.

 

public_idsyarikat_popuptempohluput.jpg
  1. Masukkan Telefon, Faks, Alamat, Negeri, Bandar, Poskod dan E-mel;

  2. Masukkan Nama Wakil dan No. MyKad Wakil pada ruangan Butiran Wakil (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan);

  3. Muat Naik Dokumen yang diperlukan.

Nota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb setiap satu sahaja dibenarkan.;

  1. Klik [Teruskan]. Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan seperti di bawah atau klik [Isi Semula] untuk memasukkan butiran pendaftaran yang lain;

public_idsyarikat_pendaftarantamat.jpg
  1. Klik [Cetak] untuk mencetak Nombor Rujukan Pendaftaran. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

public_idsyarikat_cetak.jpg

 

Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di mana - mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan dan perlu membawa slip seperti di atas dan dokumen sokongan asal dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh nombor rujukan dijana untuk membuat pengesahan. No. Rujukan yang di cetak juga dihantar ke e-mel wakil yang telah didaftarkan. Klik di sini untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.

ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke e-mel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.