SYARAT PENDAFTARAN
Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) - Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;
Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi - anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan
Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.