SENARAI DOKUMEN
Senarai dokumen yang diperlukan adalah berdasarkan jenis pendaftaran. Dokumen Asal perlu diimbas serta dimuat naik ke dalam mySIKAP dan dibawa ke Kaunter JPJ untuk pengesahan. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
MyKad Wakil Perniagaan;
Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);
Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak); dan
Surat Lantikan Sebagai Wakil Perniagaan.
Nota : Bilangan pelulus bagi Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian mestilah minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang.
Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
MyKad Wakil Syarikat;
Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama); dan
Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Nota : Bilangan pelulus bagi Syarikat Sendirian Berhad / Berhad mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.
Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)
MyKad Wakil Pertubuhan;
Borang 3 ROS (Sijil Pendaftaran); dan
Surat Lantikan Sebagai Wakil Pertubuhan.
Nota : Bilangan pelulus bagi Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar) mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.