![]() |
SENARAI DOKUMEN
Senarai dokumen yang diperlukan adalah berdasarkan jenis pendaftaran. Dokumen Asal perlu diimbas serta dimuat naik ke dalam mySIKAP dan dibawa ke Kaunter JPJ untuk pengesahan. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-
Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
MyKad wakil perniagaan;
Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);
Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak); dan
Surat Lantikan Sebagai Wakil Perniagaan.
Syarikat Sendirian Berhad / Berhad
MyKad Wakil Syarikat;
Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama); dan
Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)
MyKad Wakil Pertubuhan;
Borang 3 ROS (Sijil Pendaftaran); dan
Surat Lantikan Sebagai Wakil Pertubuhan.
Kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan
MyKad Wakil Syarikat;
Surat Rasmi daripada agensi berkenaan untuk permohonan ID; dan
Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan
MyKad Wakil Syarikat;
Surat Kelulusan penubuhan MITI / MoF (Jika pejabat serantau); dan
Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.
Syarikat Sendirian Berhad / Berhad Melalui Liquidator (Penyelesai)
MyKad Wakil Syarikat;
Borang 72 (Notis perlantikan Liquidator - penggulung sukarela) atau Borang 70 (Notis perlantik Liquidator Penggulungan Mahkamah) disahkan oleh pendaftar syarikat;
Perintah Mahkamah (Jika perlantikan mahkamah); dan
Surat Lantikan sebagai wakil syarikat.