Selamat Datang ke mySIKAP,

mySIKAP merupakan transformasi sistem sokongan utama Jabatan iaitu 'SIKAP' yang telah 20 tahun merealisasikan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan secara dalam talian khusus bagi perkhidmatan teras Jabatan. Transformasi mySIKAP amat ketara apabila penyampaian perkhidmatan Jabatan dapat dilaksanakan pada kadar masa nyata (real-time) dalam talian melalui penaiktarafan infrastruktur ICT yang lebih stabil, mapan dan selamat. mySIKAP merangkumi 4 aplikasi perkhidmatan teras dan 18 aplikasi sokongan yang dihasilkan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan yang bertaraf dunia kepada para pelanggan. mySIKAP menyediakan maklumat berpusat Jabatan yang memantapkan lagi analisis, pemantauan, perancangan masa depan, perkongsian maklumat dan pengurusan dalam membuat keputusan-keputusan penting yang lebih bersepadu dan tepat. Selain itu juga, mySIKAP bukan sahaja merupakan satu sistem yang akan mempermudah dan mempercepat proses kerja dan penyampaian perkhidmatan, malah akan turut memberi penekanan kepada produktiviti warga Jabatan dan kualiti perkhidmatan kerana ia menjadi keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan cemerlang.

 

Bantuan Dalam Talian

 

Tujuan Bantuan Dalam Talian ini adalah untuk membantu semua pengguna sistem yang terlibat agar dapat menggunakan dan memahami mySIKAP dengan lebih mudah.

 

 

 

PANDUAN UMUM

PENGURUSAN IDENTITI

PENGURUSAN PROFIL

 

KENDERAAN

 

LESEN MEMANDU

 

KESALAHAN & PENALTI

KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

  

 

 

Hak Cipta © 2012 - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
Dasar Privasi dan Keselamatan | Penafian | Hak Cipta |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8++. Resolusi 1024 x 768.