header.jpg

 

PANDUAN UMUM

 

Panduan Umum menerangkan fungsi dan cara penggunaan komponen-komponen yang terdapat di dalam mySIKAP secara keseluruhan. Bahagian ini merangkumi:-

 

1.                  Tanda '*';

2.                  Daftar Keluar Automatik;

3.                  Penggunaan Kalendar;

4.                  Keterangan Kandungan;

5.                  Penggunaan Drop Down List;

6.                  Butang Tambah dan Hapus;

7.                  Tab;

8.                  Muat Naik Dokumen;

9.                  Kaedah Wildcard; dan

10.              Penggunaan Compatibility View

 

 

 

1.        TANDA '*'

 

Medan yang bertanda '*'  adalah merupakan ruangan yang wajib diisi.

 

kembali

 

 

2.         DAFTAR KELUAR AUTOMATIK

 

Sistem akan mendaftar keluar sekiranya anda tidak menggunakannya dalam tempoh 5 minit. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

 

tamat_sesi.jpg

 

i.    Klik [Sambung Sesi] untuk terus berada di dalam sistem; atau

ii.   Klik [Daftar Keluar] untuk mendaftar keluar.

 

kembali

 

 

3.         PENGGUNAAN KALENDAR

 

3.1       Menukar Tahun

 

i.          Klik simbol calendar_symbol.jpg yang terdapat di sebelah ruang tarikh seperti yang dipaparkan di bawah. Kalendar pada tarikh terkini akan dipaparkan.

 

calendar_symbol_eg.JPG

 

ii.         Klik tahun pada kalendar seperti yang dipaparkan di bawah:

 

calendar_click.jpg

 

iii.        Klik  arrow_fwd.jpg  untuk paparan 1 tahun ke hadapan atau arrow_back.jpg untuk paparan 1 tahun ke belakang; atau

iv.        Klik tahun sekali lagi untuk memilih tempoh tahun tertentu seperti yang dipaparkan di bawah:

 

calendar_click2.jpg

 

v.         Klik  arrow_fwd.jpg untuk paparan 1 tempoh tahun ke hadapan atau arrow_back.jpg untuk paparan 1 tempoh tahun ke belakang.

vi.        Pilih tempoh tahun yang dikehendaki. Kalendar akan memaparkan tahun yang terdapat di dalam tempoh yang dipilih.

vii.       Pilih tahun yang dikehendaki.

 

 

3.2      Menukar Bulan

 

i.          Klik  arrow_fwd.jpg  untuk paparan 1 bulan ke hadapan atau arrow_back.jpg untuk paparan 1 bulan ke belakang atau klik bulan pada kalendar seperti yang dipaparkan di bawah:

 

calendar_click3.jpg

 

ii.         Pilih bulan yang dikehendaki. Kalendar akan memaparkan hari yang terdapat di dalam bulan yang dipilih.

iii.        Pilih hari yang dikehendaki.

 

kembali

 

 

4.         KETERANGAN KANDUNGAN

 

NO.

PAPARAN

PENERANGAN

1

Perkataan di dalam square bracket.

Contoh: [Daftar Masuk]

Butang

2

Perkataan yang dihitamkan.

Contoh : Rujuk Terperinci, No. ID

i.    Pautan

ii.   Label di dalam  skrin

iii.  Nama skrin

3

Perkataan italic.

Contoh : drop down list

Perkataan selain daripada Bahasa Malaysia

4

Nota:

Maklumat tambahan

5

Perkataan yang berwarna biru/ungu, bergaris dan italic.

Contoh : Panduan Umum

i.    Pautan ke skrin bantuan yang lain

ii.   Pautan ke laman web

 

kembali

 

 

5.         PENGGUNAAN DROP DOWN LIST

 

Drop down list ialah senarai yang perlu dipilih untuk mengisi ruangan yang tertera di dalam sistem.

Contoh drop down list ialah seperti di bawah:

 

dropdown.jpg

 

i.          Klik  dropdownarrow.jpg  untuk memaparkan senarai.

ii.         Pilih salah satu jawapan yang tertera di dalam senarai.

 

kembali

 

 

6.         BUTANG TAMBAH DAN HAPUS

 

Butang tambah dan hapus digunakan untuk menambah rekod baru atau menghapuskan rekod yang telah diwujudkan.

Contoh penggunaan butang-butang ini ialah seperti di bawah:

 

 

add_remove.jpg

 

Paparan di atas ialah skrin bagi Mod Bayaran Wang Pos. Mod ini membenarkan lebih daripada satu wang pos diterima untuk setiap transaksi.

 

i.          Klik  plus.jpg untuk menambah maklumat wang pos; atau

ii.         Klik  minus.jpg untuk menghapuskan maklumat wang pos.

 

kembali

 

 

7.         TAB

 

Tab ialah  sekumpulan ruangan yang perlu diisi dengan maklumat yang berkaitan untuk  disimpan ke dalam sistem MySIKAP. Contoh skrin yang mempunyai tab di dalamnya ialah seperti di bawah:-

 

tab.jpg

 

i.          Klik pada tab untuk memaparkan kumpulan ruangan yang perlu dilengkapkan.

 

kembali

 

 

8.         MUAT NAIK DOKUMEN

 

Dokumen yang ingin dimuat naik ke dalam sistem hendaklah diimbas dan disimpan ke dalam folder yang terdapat di dalam direktori komputer terlebih dahulu. Contoh skrin muat naik adalah seperti di bawah:-

 

muatnaik.jpg

 

i.          Klik [Muat Naik]. Skrin direktori akan dipaparkan seperti di bawah:-

 

muatnaik_direktori.jpg

 

ii.         Cari dan pilih dokumen dari direktori yang telah anda simpan; dan

iii.        Klik [Open]; atau

iv.        Klik [Cancel] untuk membatalkan carian dokumen.

 

kembali

 

 

9.         KAEDAH WILDCARD

 

Wildcard ialah satu kaedah carian untuk senarai drop down list yang panjang. Sistem akan mengenal pasti perkataan yang ditaipkan di ruangan yang disediakan dan kemudiannya akan cuba menyenarai pendek senarai yang mengandungi perkataan tersebut. Contoh penggunaan wildcard ialah seperti di dalam skrin di bawah:-

 

wildcard_cari.jpg

 

i.         Taipkan perkataan yang ingin dicari. Contoh perkataan carian ialah LESEN;

ii.        Klik di luar kotak. Sistem akan mula melakukan senarai pendek semua nama kesalahan yang mengandungi perkataan 'LESEN';.

iii.       Buka semula drop down list. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

 

wildcard_hasil.jpg

 

iv.       Pilih nama kesalahan yang dikehendaki.

 

kembali

 

 

10.       PENGGUNAAN COMPATIBILITY VIEW

 

Pengguna mungkin akan menghadapi salah satu daripada masalah di bawah:-

 

a.                  butang [Daftar Masuk] tidak berfungsi;

b.                  sistem tergantung secara tiba-tiba; atau

c.                  sistem beroperasi terlalu perlahan dan di luar kebiasaan.

 

Jalan penyelesaian yang dicadangkan ialah dengan memeriksa butang Compatibility View yang terletak pada address bar. Sekiranya butang ini tidak aktif, berkemungkinan masalah-masalah di atas akan timbul.

 

i.                    Buka Internet Explorer;

ii.                   Kenalpasti butang Compatibilty View yang terletak pada address bar sama ada ia aktif atau tidak aktif seperti yang dipaparkan di dalam skrin di bawah:-

 

cv_button.jpg

 

Terdapat dua (2) kaedah untuk mengaktif dan menyahaktif Compatibility View, iaitu:-

 

a.        menggunakan menu Tools; dan

b.        menggunakan address bar.

 

10.1   Aktif Atau Nyahaktif Compatibility View Melalui Menu Tools

 

i.                    Klik Tools pada menu bar atau tekan butang [ALT] dan [T] secara serentak pada papan kekunci. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:-

 

cv_menuon.jpg

 

ii.                   Pilih Compatibility View;

Nota : Tanda tick.jpg akan kelihatan untuk Compatibility View yang aktif, dan sebaliknya untuk Compatibility View yang tidak aktif.

iii.                 Tutup dan buka semula Internet Explorer.

 

10.2      Aktif Atau Nyahaktif Compatibility View Melalui Address Bar

 

10.2.1.    Mengaktifkan Compatibility View Pada Laman Web

i.                    Klik ikon cv_off.jpg pada address bar. Laman web akan dimuat semula (reload) dengan paparan Compatibility View yang diaktifkan. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

 

cv_buttonon.jpg

 

ii.                   Tutup dan buka semula Internet Explorer.

 

10.2.2.    Menyahaktifkan Compatibility View Pada Laman Web

i.                     Klik ikon cv_on.jpg pada address bar. Laman web akan dimuat semula (reload) dengan paparan Compatibility View yang dinyahaktif. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

 

cv_buttonoff.jpg

 

ii.                   Tutup dan buka semula Internet Explorer.

 

Walaupun Compatibility View telah diaktifkan, kemungkinan untuk ia kembali kepada asal setiap kali Internet Explorer dikemaskini adalah tinggi. Bagi mengelakkan ia berlaku, tetapan berikut perlu dilakukan:-

 

i.                    Buka Internet Explorer;

ii.                   Klik Tools pada menu bar atau tekan butang [ALT] dan [T] secara serentak pada papan kekunci. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:-

 

cv_menusetting.jpg

 

iii.                 Klik c pada Include updated website lists from Microsoft. Tanda  tick.jpg akan kelihatan seperti dipaparkan di dalam skrin di bawah:-

 

cv_setting.jpg

 

iv.                 Klik [Close];

v.                  Tutup dan buka semula Internet Explorer.

 

kembali