![]() |
PENDAFTARAN AGENSI
Pendaftaran Agensi adalah terdiri daripada kategori Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan dan Kerajaan. Agensi merupakan entiti yang berdaftar dan tidak boleh disama ertikan dengan Rakan Niaga, dimana agensi ini dalam konteks Jabatan Pengangkutan Jalan hanyalah merupakan entiti yang menguruskan kenderaan miliknya sama seperti orang awam yang lain.
Permohonan Pendaftaran Agensi perlu dilakukan melalui portal di mana pihak agensi perlu mengisi butiran yang diperlukan serta memuat naik dokumen-dokumen sokongan mengikut jenis agensi. Rujuk Senarai Dokumen yang diperlukan bagi setiap jenis agensi.
PENDAFTARAN PENGGUNA BAHARU
Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-
![]() |
Klik pautan Pendaftaran Syarikat. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-
![]() |
Pilih Jenis Pendaftaran melalui senarai drop down list;
Masukkan Nama, Telefon, Emel, Alamat dan No. Pendaftaran;
Masukkan Tarikh Luput No. Pendaftaran. Rujuk Panduan Umum untuk panduan menggunakan kalendar.
Masukkan Faks;
Pilih Negeri dan Bandar melalui senarai drop down list;
Masukkan Poskod, Nama Wakil dan No. MyKad Wakil;
Muat naik dokumen seperti yang ditetapkan bagi jenis pendaftaran agensi. Rujuk Senarai Dokumen untuk menyemak dokumen yang diperlukan dan rujuk Panduan Umum untuk panduan muat naik dokumen. Nota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb setiap satu sahaja dibenarkan.;
Klik [Teruskan] meneruskan permohonan pendaftaran dan Nombor Rujukan akan dipaparkan seperti di bawah; atau
Klik [Set Semula] untuk mengisi semula butiran syarikat.
![]() |
Wakil agensi perlu membawa Nombor Rujukan,
MyKad dan dokumen
sokongan asal ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang
terdekat dalam tempoh 5 hari dari tarikh nombor rujukan dijana untuk
membuat pengesahan. Klik di
sini untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan
Jalan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.