![]() |
PENDAFTARAN PENGGUNA
Pendaftaran Pengguna merupakan pengurusan sekuriti yang mengawal dan memantau hak capaian pengguna ke dalam sistem mySIKAP.
Pendaftaran Pengguna merangkumi pendaftaran agensi dan pendaftaran peribadi. Pendaftaran Agensi adalah terdiri daripada kategori Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan dan Kerajaan. Manakala Pendaftaran Peribadi ialah bagi kategori pengguna awam.
Selain itu juga, Pendaftaran Pengguna merupakan satu sistem yang mudah dan mempercepatkan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan bahkan turut memberi penekanan kepada produktiviti warga Jabatan dan kualiti perkhidmatan kerana ia menjadi keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisen dan cemerlang.
BANTUAN ATAS TALIAN
Anda dinasihatkan untuk membaca Panduan Umum terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.