header.jpg

 

SOALAN LAZIM

 

1.                  Saya ingin menggunakan portal mySIKAP tetapi saya tidak mempunyai akaun dengan portal ini. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya pengguna ingin menggunakan portal mySIKAP, pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Rujuk Pendaftaran Peribadi atau Pendaftaran ID Syarikat serta Syarat Pendaftaran untuk maklumat lanjut.

 

 

2.                  Saya mempunyai MyPR. Bolehkan saya mewujudkan akaun mySIKAP?

Sekiranya anda mempunyai MyPR, anda boleh mewujudkan akaun mySIKAP. Rujuk Pendaftaran Peribadi serta Syarat Pendaftaran untuk maklumat lanjut.

 

 

3.                  Bagaimana pula dengan pemegang paspot? Bolehkah pemegang paspot mewujudkan akaun dengan mySIKAP?

Pemegang paspot juga boleh mewujudkan akaun mySIKAP. Rujuk Pendaftaran Peribadi serta Syarat Pendaftaran untuk maklumat lanjut.

 

 

4.                  Apakah ciri-ciri browser yang diperlukan untuk melayari mySIKAP?

Ciri-ciri browser adalah seperti berikut:-

 

i.                     Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8++.

ii.                    Resolusi paparan 1024 x 768.

 

 

5.                  Bagaimanakah jika pendaftaran biometrik pengguna tidak dapat dilakukan atas sebab kecacatan?

Pendaftaran biometrik bergantung kepada data yang diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara di mana cara pendaftaran sama seperti yang telah dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara.

 

 

6.                  Adakah pengguna yang mendaftarkan diri sebagai pengguna peribadi boleh mendaftarkan diri sebagai wakil agensi?

Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.

 

 

7.                  Apakah syarat-syarat untuk saya mewujudkan akaun di portal mySIKAP?

i.                    Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau

ii.                   Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau

iii.                 Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP;

iv.                 Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan

v.                  Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.

 

 

8.                  Bagaimana jika pihak agensi ingin mendaftar dengan perkhidmatan di portal mySIKAP?

Pendaftaran Agensi terdiri daripada kategori Perniagaan, Syarikat, Pertubuhan dan Kerajaan. Permohonan Pendaftaran Agensi perlu dilakukan melalui portal di mana pihak agensi perlu mengisi butiran yang diperlukan serta memuat naik dokumen-dokumen sokongan mengikut jenis pendaftaran agensi. Senarai Dokumen perlu dikemukakan apabila wakil agensi hadir ke pejabat JPJ yang terdekat bagi proses pengesahan sebelum ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara dihantar ke emel berdaftar.

 

 

9.                  Apakah manfaat mendaftar dengan perkhidmatan dalam talian mySIKAP?

Anda boleh melakukan beberapa transaksi dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:-

 

i.                    Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan  untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.

ii.                   Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

iii.                 Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

iv.                 Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.

v.                  Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.

 

 

10.              Bolehkah saya menukar Kata Laluan?

Boleh. Anda dinasihatkan untuk menukar Kata Laluan secara berkala.

 

 

11.              Bolehkan saya menukar ID Pengguna?

Tidak boleh. ID Pengguna adalah unik dan tidak boleh ditukar.

 

 

12.              Mengapakah saya perlu mewujudkan ID Pengguna dan Kata Laluan?

ID Pengguna dan Kata Laluan adalah penting untuk sebarang transaksi online antara anda dengan pihak JPJ. ID Pengguna diperlukan kerana ia merupakan ID unik yang akan mengenalpasti pemiliknya manakala kata laluan pula digunakan untuk mengesahkan bahawa ID itu adalah milik anda. Pastikan anda tidak lupa ID Pengguna dan Kata Laluan.

 

 

13.              Bagaimanakan caranya untuk melindungi ID Pengguna dan Kata Laluan saya?

i.                    Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang lain termasuklah melalui emel atau telefon.

ii.                   Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai segala urusan online dengan JPJ.

iii.                 Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau sekiranya anda merasakan Kata Laluan anda diketahui orang lain.

iv.                 Gunakan Kata Laluan yang unik.

v.                  Jangan klik atau aktifkan "Remember Password".